Jan 8, 2010

DIMANA MARUAHMU MESIR...!!!

HIDUP..!!HIDUP..!!HIDUP ISLAM..!!
HANCUR..!!HANCUR..!!HANCUR YAHUDI..!!
ALLAHUAKBAR...!!



Itulah antara laungan yang bergema di Ibu Negara tengahari tadi(8/1/10). Perarakan secara aman yang bermula dari Bangunan Tabung Haji ke Bangunan Kedutaan Mesir sejauh 4k/m itu di anjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat pimpinan ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi. Demonstran yang hadir kira-kira mencecah 2ooo lebih itu sangat memberangsangkan.

Alhamdulillah penulis juga dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain dalam perarakan tersebut. Mahasiswa-mahasiswa dari pelbagai IPT turut hadir dalam perarakan tersebut. Perarakan yang dibuat adalah bertujuan membantah tindakan kerajaan Mesir di bawah naungan Husni Mubarak yang bentindak ZALIM dengan menghalang kemasukan konvoi "VIVA PALESTIN" daripada memasuki GAZA. Sikap Mesir itu telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila masing-masing mengadakan tunjuk perasaan di tempat masing-masing. Ini bukanlah kali pertam Mesir menjadi BONEKA kepada rejim ZIONIS, tetapi sudah berkali-kali.Hari yang sama perarakan tersebut, penulis difahamkan melalui ucapan YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) turut berlaku juga demonstrasi di Syria,Jordan, dan beberapa lagi negara timur tengah.


Sepanjang perarakan itu, Ucapan-ucapan yang disampaikan oleh para pimpinan menyemarakkan lagi semangat penulis dan ditambah pula dengan Ustaz Ridhwan Mad noor yang begitu berkobar semangatnya dalam memimpin perarakan itu. Antara yang berucap ialah, Ustaz nasaruddin tantawi, Ustaz Kamaruzzaman(Ketua Pemuda Wilayah), Ustaz Idris (GAMIS), dan beberapa lagi aktivis pejuang muda Islam.



Dengan titisan peluh yang mengalir tanpa henti, sedikitpun tidak melunturkan semangat kami.Dengan perjalanan hampir 45minit itu, akhirnya kami tiba di hadapan Bangunan kedutaan Mesir. Sambil menunggu para pimpinan menyerahkan memorandum bantahan itu, kami dihidangkan lagi dengan "Taujihad" daripada pimpinan.Pihak keselamatan yang ada juga memberikan kerjasama yang sangat cemerlang.

Selepas hampir setengah jam penyerahan memorandum itu dibuat,akhirnya perhimpunan itu ditutup dengan bacaan doa yang cukup bersemangat oleh Ustaz Azman Shapawi. penulis dan para demonstran yang lain bersurai secara aman setelah selesai ucapan doa tersebut.

Itulah realiti dunia pada hari ini. Umat Islam ditekan, ditindas, dilanyak oleh segenap segi, segenap ruang. Apakah kita masih lagi ingin mengulangi dialog-dialog lapuk "ah,aku masih muda,belum masanya lagi..", "aku kalau boleh nak fokus belajar je, taknak campur-campur urusan orang lain..", "hidup mesti rock.." , dan bermacam-macam lagi kata-kata yang amat kurang cerdik terbit dari mulut kita.

Ingat, kematian itu milik Allah. Siapa lagi kalau bukan kita untuk sama-sama cakna terhadap isu-isu ini khususnya isu yang melibatkan sensitiviti Islam. Tidak hanya dengan Demonstrasi, tetapi sekurang-kurangnya curah dan salurkanlah sebaiknya segala kepakaran masing-masing kepada perjuangan dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Cantik Allah ciptakan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tinggal untuk bagaimana kita memanfaatkanya.Renungkan duhai diri ini juga duhai para pembaca yang disaat ini masih lagi Allah pinjamkan penglihatan kepada kita..

Maha Besar Allah..
Ayuh! Celik...!!

Jan 4, 2010

Persoalan kalimah "ALLAH"..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

persoalan kalimah Allah sejak akhir-akhir ini kembali meniti di bibir-bibir masyarakat kita di bumi Malaysia.Penulis melihat, pelbagai spekulasi dan perkaitan kepentingan yang tidak sepatutnya timbul dalam membicarakan serta mnyelesaikan persoalan penggunaan kalimah "ALLAH" ini. Suka untuk penulis berkongsi video perbahasan di Parlimen Malaysia berkenaan isu penggunaan kalimah "ALLAH" ini dalam persidangannya pada tahun lepas.(Sekarang Parlimen tidak bersidang, jadi penulis tidak dapat perbahasan yang terbaru).



Persoalan sebegini perlu untuk sama-sama kita cakna khususnya umat Islam. Sensitiviti Umat ISlam terhadap kesucian agama Islam perlu dipertingkatkan dan di"hentak" bagi mereka yang masih lagi membutakan mata dan memekakkan telinga. walauapapun yang berlku, mendalami ILMU agama perlu untuk sama-sama kita pertingkatkan kerana ia adalah tunjang utama.

usah menoleh, siapa lagi kalau bukan kita..

Jan 3, 2010

2010 : tanggungjawab kita..




Salam kesyukuran atas nikmat umur yang masih lg dipinjamkan olehNYA kepada kita..

Pejam celik, sudah berlalu tahun 2009 yang meniggalkan seribu peristiwa samada ianya berbentuk positif atau negatif. Alhamdulillah penulis panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan penuh kekerdilan seorang hamba kepada Allah kerana pada malam Sambutan Tahun Baru 2010 itu, penulis bersama 40 orang sahabat-sahabat lain dapat sama-sama turun ke Dataran Merdeka. Bukanlah semata-mata untuk menyambut tahun baru, akan tetapi bersama-sama dengan Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) dalam menjalankan kewajipan gerak kerja dakwah kepada masyarakat di luar sana.

Jelas dimata penulis, masyarakat di luar sana terutamanya golongan muda mudi yang terkinja-kinja melompat ketika Amy Search mendengdangkan lagunya pada konsert terbuka malam itu, begitu menyentak hati penulis serta para Da'ie (pendakwah) yang lain bahawa, begitu lompong tanggungjawab dakwah yang selalu diabaikan. Tidak terkira jumlah penonton yang hadir pada malam itu yang datang dari pelbagai pelusuk negara juga yang sempat penulis sapa dari kuala selangor,sabak bernam,& ada juga dari kelantan.

Apa yang menjadikan penulis tersenyum bangga ketika jeritan suara Ella (Ratu Rock) menyanyikan lagunya ialah, terbentuknya satu bulatan besar manusia berdarah muda dipenjuru hadapan padang merdeka itu. Mereka itu ialah mahasiswa yang hampir mencecah 400 orang termasuk muslimin juga muslimat daripada GAMIS. Alhamdulillah penulis juga berada di dalam bulatan tersebut bersama-sama rakan-rakan yang datang dari pelbagai IPT lain.



Laungan kalimah "ALLAHUAKBAR!!", "ANAK MUDA SAYANG MALAYSIA", serta pelbagai lagi slogan-slogan yang bergema ketika itu menerobos pekikan-pekikan lain. Disusuli pula dengan ucapan-ucapan pimpinan-pimpinan mahasiswa yang cukup bertenaga menaikkan lagi rasa cinta dan sayang golongan muda kepada negara Malaysia untuk melihat perubahan mekanisme sambutan ke arah yang lebih baik.

Maha Pengasih Allah dalam mempermudahkan segala urusan pada malam itu berjalan dalam keadaan yang baik sehingga orang ramai bersurai. Seruan dalam mengajak masyarakat terutamanya golongan belia untuk kembali menghayati erti sebenar agama itu serta mengetuk pintu hati mereka bahawa ada orang lain yang sebenarnya cakna dan sayang kepada mereka untuk membimbing mereka kepada fitrah yang suci bersih dapat dijalankan pada malam bersejarah itu.

Buat para pembaca sekalian, khususnya golongan yang bak kata orang belum lagi ber"uban" di kepala, kesedaran kita dalam memikul tanggungjawab menyeru masyarakat kepada landasan sebenar perlu dipandang berat. Ini bukan persolan kepartian atau mana-mana puak, tetapi ini adalah persoalan "TAKLIFAT" atau tanggungjawab yang sememangnya terpikul atas bahu setiap bibir yang melafazkan kalimah SYAHADAH..

Ayuh!! celik mata hati, robek minda, usah hanya menunding jari..selagi nyawa masih dipinjamkan olehNYA, sama-sama kita robah kepentingan diri demi UMMAH tercinta..