Nov 27, 2009

salam 'aidil adha..



salam 'aidil adha buat seluruh umat Islam...

Bila sebut Hari Raya Korban, ramai kalangan kita selalu teringatkan lembu, kambing, kerbau. makhluk-makhluk inilah yg selalu menjadi mangsa korban. Macam satu demonstrasi pula bila orang-ramai berhimpun semata-mata menyaksikan aktiviti penyembelihan haiwan-haiwan tersebut.

namun, disebalik kita tersenyum gembira menyambut Hari Raya Korban, ramai kalangan kita yang terlupa dan seolah-olah tidak tahu mengenai kisah sebenar yang dikaitkan dengan peristiwa korban ini.Iaitu kisah Nabi Allah Ibrahim 'alaihissalam & Nabi Allah Ismail 'alaihissalam.

suka untuk penulis mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama merenung sedalam-dalamnya akan kisah yang berlaku ini.Timbul juga persoalan dalam lubuk hati kita , apakah seorang ayah yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih insan yang paling disayanginya sanggup berbuat demikian...? betapa besar hikmah yang tersembunyi disebalik kisah tersebut yang sepatutnya menjadi gengaman erat buat kita semua.

Nabi Ismail dengan penuh konkrit keimanannya terhadap Allah,tetap meminta ayahnya Nabi Ibrahim untuk menyembelih dirinya sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepada ayahnya melalui mimpi yang dialami oleh Nabi Ibrahim.keyakinan yang jitu terhadap Allah walaupun diluar batasan 'akal pemikiran manusia biasa,mampu mengatasi segalanya hatta mengorbankan nyawa diri sendiri.

semua itu adalah ujian daripada Allah untuk menilai sejauh mana keimanan hamba terhadap tuhannya. Begitulah lumrah perjuangan dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Jika perjuangan kita itu tiada halangan, tiada orang yang membenci, tiada kutukan,cacian,fitnah,ugutan,ancaman,kesusahan,keperitan, & sebagainya, perlu untuk kita semak kembali perjuangan kita itu. pasti ada kesilapan & lompong-lompong yang perlu kita perbaiki.Perjuangan tidak lari dari ujian.

keyakinan kita terhadap Allah perlu ditambah hari demi hari. itulah yang akan menjadi benteng kepada kita bagi menempuh rintang yang jauh lebih hebat di hadapan,yang sebenarnya menanti mangsa-mangsa yang bakal tersungkur di medan perjuangan.

ayuh,sama-sama kita kukuhkan keyakinan dalam diri melalui kefaham yang jelas dan kukuh. Tegur-menegurlah antara satu sama lain.

"aslih nafsak,wad'u ghairak"

hayya 'alassolah..



Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,

"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi BABI HITAM, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,

"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi BABI HUTAN YANG HITAM."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu,

"Sebenarnya ayahku ini TIDAK MAHU MENGERJAKAN SOLAT."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,

"Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti BABI HUTAN YANG HITAM."

Sebuah lagi kisah yang ingin dikongsi buat renungan kita.Iaitu di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada SEEKOR ULAR SEDANG MEMBELIT LEHER MAYAT tersebeut serta MEMAKAN DAGING dan MENGHISAP DARAH MAYAT ITU. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,

"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya,

"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

MasyaAllah sahabat2 sekalian.Betapa pedih seksa bagi orang yang meninggalkan SOLAT.moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita bersama.

"aslih nafsak, wad'u ghairak"

Nov 21, 2009

Nasihat..

Nasihat Imam Ibnul Wardi Al-Kindi:

"Bentengi Dirimu Dengan Kesungguhan Dan Kegigihan. Dan Hindari Dari Bersahabat Dengan Orang Yang Bodoh Dan Orang Yang Cedera Pemikirannya..

Jangan Kau Hiraukan Orang Yg Dengki Akan Engkau Kerana Tidak Akan Dipuji Kecuali Orang Yg Mampu Melupakan Kedengkian Orang Lain. Seseorang Itu Tidak Akan Selamat Daripada Musuh Yg Dengki Kepadanya, Walaupun Ia Beruzlah Di Puncak Gunung Tinggi..

Jangan Engkau Hiraukan Pengadu Domba Yang Merosakkan Hubungan Baikmu Dengan Seseorang. Biarkanlah Dia, Dan Jangan Engkau Peduli Akan Dia. Maka Kebencian Itu Biasanya Datang Dari Orang Yg Suka Mengadu Domba..

Sekali-Sekali Tinggalkanlah Orang Yg Kau Kasihi,Dan Sekali-Sekali Datanglah Berkunjung Kerumah Sahabat, Nescaya Bertambahlah Kecintaan Sesama Kamu.Maka Barang Siapa Yg Tak Pernah Meninggalkan Kekasihnya Atau Terlalu Kerap Datang Berziarah Ke Rumah Sahabatnya Maka Yg Demikian Itu Menjemukan..

Peganglah Akan Tajam Mata Pedangmu, Dan Tinggalkanlah Sarungnya, Kerana Yang Dinilai Itu Ialah Kehebatan Peribadi Seseorang Bukan Pakaiannya.."

buat renungan bersama sahabat-sahabatku...