Jul 30, 2010

hanya dalam kelas..?



"MAHASISWA"

Ungkapan yang popular dan tidak kurang juga begitu sinonim dengan realiti dunia arus pembelajaran. tidak kurang juga istilah ini begitu sinonim dengan 3K~kuliah, kelas,& kafe.Jadi, apakah hanya itu letak duduknya taraf yang dibangga-banggakan sangat..??

assalamu'alaikum..
lama sudah tidak menulis di blog ini. saya yakin, masa dan sifat malas puncanya.

Alhamdulillah, pada 23- 25 bulan julai baru-baru ini, saya diberi kesempatan oleh Allah bersama-sama dalam program KEM EKSPLORASI MINDA AS-SYAFIE.kem anjuran MPMKUIS dibawah Exco Akademik & sahsiah (saudari siti khadijah) diadakan di Excel Training Camp, Broga, negeri Sembilan.Kem tersebut mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pihak Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) & Dream Team (Puan Mastura Mohamad ~ Pengarah PPAS.

Walaupun saya hanya diberikan amanah sebagai pembantu am, atau lebih kepada menguruskan "link" dengan pihak luar untuk kelancaran program, bagi saya, ia meniggalkan seribu bermakna.Penuh harapan di hati moga Allah nilainya sebagai "simple" jariah. Namun, bukan itu yang saya ingin fokuskan.



Program yang bertemakan santai dengan kehijuan alam semula itu berlangsung selama 3 hari 2 malam. Wajah anak-anak muda yang mempunyai kesedaran, semangat, juga didasari Ilmu cukup membuatkan hati ini meronta-ronta mengucap syukur pada Allah.Saya begitu teruja bila melihat jumlah peserta yang melebihi 100 orang dengan masing-masing mengatakan "abang, betullah program ni lain dari yang lain..".

Mendengar serta mengikuti program dengan penuh kusyuk serta penuh penghayatan. Jiwa muda mula mekar bersinar. Jelas di depan mata mereka peranan sebenar yang perlu dimainkan oleh mereka. Kalaupun tidak sebagai mahasiswa, ia tidak terlepas sebagai penyambung risalah perjuangan Rasulullah S.A.W.

Bila berkata soal peranan golongan muda khususnya mahasiswa, perlu dan peri pentingnya insan yang bergelar mahasiswa itu berperanan lebih daripada skop 3K semata-mata.Kalau sebut soal BIMBINGAN, Siapa lagi golongan yang akan membimbing masyarakat di luar sana yang sememangnya dahagakan bimbingan kalu tidak dari golongan muda mahasiswa.Jika sebut pula soal CONTOH TAULADAN, siapa lagi kalau bukan mahasiswa yang mengamalkan budi pekerti Aklhlak Rasulullah S.A.W. Bukan tidak boleh diharapkan golongan kaki lepak, mat Gian, bertepuk tampar berlainan jenis,terpekik terlolong tiada tujuan, hiburan 24 jam, & sebagainya, tapi, apakah lebih "COmel" bertepatan jika peranan itu dimainkan oleh golongan mahasiswa..? "kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan wangi.."

Jutaan terima kasih juga kepada Yb Dr Hajjah Halimah Haji Ali yang sudi turun bersemuka dengan anak-anak muda dalam merasmikan majlis penutup di hari ketiga program. Amanat yang diberikan juga sangat selari dengan konteks yang berpijak di bumi nyata.Jelas dengan "view" dan hasrat Kerajaan Negeri dibawah portfolio beliau selaku Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan.

Setiap mahasiswa sangat berperanan sebagai agen kepada masyarakat dalam segenap aspek kehidupan. jJka sudah sedar, mengapa tidak menyedarkan.? Dan jika tidak sedar, mengapa mematikan hati sendiri seolah-olah tidak mahu sedar..? jom SEDAR dan berPERANAN,,! Kita akan Dipersoal...

Jul 28, 2010

FDI : Dunia Hilang Kepercayaan (diambil dari blog http://episodeperjuangan.blogspot.com )




1. Perlu diinsafi bahawa merudumnya FDI [ Foreign Direct Investment ] 81% [ kini jatuh pada nilai RM 4.43 billion ] adalah berpunca dari hakisnya kepercayaan dunia kepada kualiti pengurusan dan pentadbiran negara .

2. Hilang kepercayaan adalah sebahagian daripada satu kehinaan dan malapetaka yang sedang dirasai oleh negara mutaakhir ini . Negara seperti hilang nilai jati diri sebagai sebuah negara yang berdaulat dan disegani oleh pihak lain .

Asas kepada hakisnya tahap kepercayaan dunia kepada negara kita ialah berpaksi kepada beberapa perkara seperti :

* Korupsi yang membarah
* Ketidaktelusan dalam sistem kehakiman
* Imej Perdana Menteri yang lemah
* Pemerintah yang tiada 2/3 majoriti di Parlimen
* Tahap nilai demokrasi yang luntur

3. Retorika ekonomi kerajaan yang cuba untuk mengulit atau mendodoi rakyat kononnya negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah sangat memalukan .

4. Bukan sahaja dengan indeks FDI yang merudum tetapi rakyat masih terpinga - pinga dengan langkah drastik kerajaan menaikkan harga minyak petrol , diesel , gas dan gula atas alasan pelarasan semula subsidi negara kepada rakyat .

5. Sepatutnya , jika Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat sebagaimana yang didakwa , rakyat akan mendapat manafaat atau faedah daripadanya , tetapi apa yang berlaku ialah darah dan lemak rakyat disedut rakus oleh kerajaan .

6. Saya melihat sandiwara ekonomi ini mula disedari oleh para pelabur di peringkat antarabangsa bahawa Malaysia sebenarnya sedang bergelut dengan kelembapan ekonomi yang semakin kritikal dan yang paling malang mereka sedang menyaksikan sebuah kerajaan yang rakus sedang memperdaya rakyatnya sendiri . Jika rakyat sendiri sanggup diperdaya apa jaminan para pelabur asing tidak diperdaya ?

7. Sementelah sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh mereka tidak memiliki akhlak yang menjamin tidak berlakunya penindasan dan penyelewengan . Malah terdedah kepada pelbagai wajah spekulasi yang akan mengorbankan keuntungan pelabur dalam tempoh jangka panjang . Tentunya para pelabur bukan sahaja takut kepada kerugian yang sememangnya telah menjadi risiko kepada sesuatu pelaburan yang dilakukan tetapi yang lebih perit ialah berhadapan dengan manipulasi dan spekulasi yang wajar .

8. Sebab itulah kita menyeru supaya kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan BN agar menerima Islam atau kembali kepada sistem syariat Islam agar mampu mengembalikan semula izzah bersama ketinggian akhlaknya.

9. Saya yakin , kemuliaan dan ketinggian akhlak Islam yang berpaksi kepada iman dan taqwa akan memahat kembali keyakinan bermuamalah [ urus niaga ] di semua peringkat dan sekaligus boleh mengembalikan kestabilan ekonomi dan akhirnya memulangkan faedah yang lumayan buat rakyat .

10. Negara kita bukanlah miskin sehingga terpaksa mengemis kepada pihak pelabur atau mana - mana pihak kuasa ekonomi antarabangsa justeru negara kita mempunyai hasil mahsul dan sumber yang banyak dan mencukupi . Tetapi malang pengurusan yang salah dan berlandaskan nafsu rakus individu tertentu akhirnya mempamerkan kepada dunia betapa kekayaan Malaysia hanya berlegar pada kelompok tertentu . Fenomena ini mencetus rasa tidak puas hati dan penentangan dari rakyat marhain lantas menimbulkan pula satu persekitaran politik dan ekonomi yang tegang serta terancam dan ini turut menggusarkan para pelabur .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 11:55