Jan 3, 2010

2010 : tanggungjawab kita..




Salam kesyukuran atas nikmat umur yang masih lg dipinjamkan olehNYA kepada kita..

Pejam celik, sudah berlalu tahun 2009 yang meniggalkan seribu peristiwa samada ianya berbentuk positif atau negatif. Alhamdulillah penulis panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan penuh kekerdilan seorang hamba kepada Allah kerana pada malam Sambutan Tahun Baru 2010 itu, penulis bersama 40 orang sahabat-sahabat lain dapat sama-sama turun ke Dataran Merdeka. Bukanlah semata-mata untuk menyambut tahun baru, akan tetapi bersama-sama dengan Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) dalam menjalankan kewajipan gerak kerja dakwah kepada masyarakat di luar sana.

Jelas dimata penulis, masyarakat di luar sana terutamanya golongan muda mudi yang terkinja-kinja melompat ketika Amy Search mendengdangkan lagunya pada konsert terbuka malam itu, begitu menyentak hati penulis serta para Da'ie (pendakwah) yang lain bahawa, begitu lompong tanggungjawab dakwah yang selalu diabaikan. Tidak terkira jumlah penonton yang hadir pada malam itu yang datang dari pelbagai pelusuk negara juga yang sempat penulis sapa dari kuala selangor,sabak bernam,& ada juga dari kelantan.

Apa yang menjadikan penulis tersenyum bangga ketika jeritan suara Ella (Ratu Rock) menyanyikan lagunya ialah, terbentuknya satu bulatan besar manusia berdarah muda dipenjuru hadapan padang merdeka itu. Mereka itu ialah mahasiswa yang hampir mencecah 400 orang termasuk muslimin juga muslimat daripada GAMIS. Alhamdulillah penulis juga berada di dalam bulatan tersebut bersama-sama rakan-rakan yang datang dari pelbagai IPT lain.



Laungan kalimah "ALLAHUAKBAR!!", "ANAK MUDA SAYANG MALAYSIA", serta pelbagai lagi slogan-slogan yang bergema ketika itu menerobos pekikan-pekikan lain. Disusuli pula dengan ucapan-ucapan pimpinan-pimpinan mahasiswa yang cukup bertenaga menaikkan lagi rasa cinta dan sayang golongan muda kepada negara Malaysia untuk melihat perubahan mekanisme sambutan ke arah yang lebih baik.

Maha Pengasih Allah dalam mempermudahkan segala urusan pada malam itu berjalan dalam keadaan yang baik sehingga orang ramai bersurai. Seruan dalam mengajak masyarakat terutamanya golongan belia untuk kembali menghayati erti sebenar agama itu serta mengetuk pintu hati mereka bahawa ada orang lain yang sebenarnya cakna dan sayang kepada mereka untuk membimbing mereka kepada fitrah yang suci bersih dapat dijalankan pada malam bersejarah itu.

Buat para pembaca sekalian, khususnya golongan yang bak kata orang belum lagi ber"uban" di kepala, kesedaran kita dalam memikul tanggungjawab menyeru masyarakat kepada landasan sebenar perlu dipandang berat. Ini bukan persolan kepartian atau mana-mana puak, tetapi ini adalah persoalan "TAKLIFAT" atau tanggungjawab yang sememangnya terpikul atas bahu setiap bibir yang melafazkan kalimah SYAHADAH..

Ayuh!! celik mata hati, robek minda, usah hanya menunding jari..selagi nyawa masih dipinjamkan olehNYA, sama-sama kita robah kepentingan diri demi UMMAH tercinta..

No comments:

Post a Comment