HIDUP..!!HIDUP..!!HIDUP ISLAM..!!
HANCUR..!!HANCUR..!!HANCUR YAHUDI..!!
ALLAHUAKBAR...!!
Itulah antara laungan yang bergema di Ibu Negara tengahari tadi(8/1/10). Perarakan secara aman yang bermula dari Bangunan Tabung Haji ke Bangunan Kedutaan Mesir sejauh 4k/m itu di anjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat pimpinan ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi. Demonstran yang hadir kira-kira mencecah 2ooo lebih itu sangat memberangsangkan.
Alhamdulillah penulis juga dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain dalam perarakan tersebut. Mahasiswa-mahasiswa dari pelbagai IPT turut hadir dalam perarakan tersebut. Perarakan yang dibuat adalah bertujuan membantah tindakan kerajaan Mesir di bawah naungan Husni Mubarak yang bentindak ZALIM dengan menghalang kemasukan konvoi "VIVA PALESTIN" daripada memasuki GAZA. Sikap Mesir itu telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila masing-masing mengadakan tunjuk perasaan di tempat masing-masing. Ini bukanlah kali pertam Mesir menjadi BONEKA kepada rejim ZIONIS, tetapi sudah berkali-kali.Hari yang sama perarakan tersebut, penulis difahamkan melalui ucapan YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) turut berlaku juga demonstrasi di Syria,Jordan, dan beberapa lagi negara timur tengah.
Sepanjang perarakan itu, Ucapan-ucapan yang disampaikan oleh para pimpinan menyemarakkan lagi semangat penulis dan ditambah pula dengan Ustaz Ridhwan Mad noor yang begitu berkobar semangatnya dalam memimpin perarakan itu. Antara yang berucap ialah, Ustaz nasaruddin tantawi, Ustaz Kamaruzzaman(Ketua Pemuda Wilayah), Ustaz Idris (GAMIS), dan beberapa lagi aktivis pejuang muda Islam.
Dengan titisan peluh yang mengalir tanpa henti, sedikitpun tidak melunturkan semangat kami.Dengan perjalanan hampir 45minit itu, akhirnya kami tiba di hadapan Bangunan kedutaan Mesir. Sambil menunggu para pimpinan menyerahkan memorandum bantahan itu, kami dihidangkan lagi dengan "Taujihad" daripada pimpinan.Pihak keselamatan yang ada juga memberikan kerjasama yang sangat cemerlang.
Selepas hampir setengah jam penyerahan memorandum itu dibuat,akhirnya perhimpunan itu ditutup dengan bacaan doa yang cukup bersemangat oleh Ustaz Azman Shapawi. penulis dan para demonstran yang lain bersurai secara aman setelah selesai ucapan doa tersebut.
Itulah realiti dunia pada hari ini. Umat Islam ditekan, ditindas, dilanyak oleh segenap segi, segenap ruang. Apakah kita masih lagi ingin mengulangi dialog-dialog lapuk "ah,aku masih muda,belum masanya lagi..", "aku kalau boleh nak fokus belajar je, taknak campur-campur urusan orang lain..", "hidup mesti rock.." , dan bermacam-macam lagi kata-kata yang amat kurang cerdik terbit dari mulut kita.
Ingat, kematian itu milik Allah. Siapa lagi kalau bukan kita untuk sama-sama cakna terhadap isu-isu ini khususnya isu yang melibatkan sensitiviti Islam. Tidak hanya dengan Demonstrasi, tetapi sekurang-kurangnya curah dan salurkanlah sebaiknya segala kepakaran masing-masing kepada perjuangan dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Cantik Allah ciptakan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tinggal untuk bagaimana kita memanfaatkanya.Renungkan duhai diri ini juga duhai para pembaca yang disaat ini masih lagi Allah pinjamkan penglihatan kepada kita..
Maha Besar Allah..
Ayuh! Celik...!!
Jan 8, 2010
DIMANA MARUAHMU MESIR...!!!
Jan 4, 2010
Persoalan kalimah "ALLAH"..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
persoalan kalimah Allah sejak akhir-akhir ini kembali meniti di bibir-bibir masyarakat kita di bumi Malaysia.Penulis melihat, pelbagai spekulasi dan perkaitan kepentingan yang tidak sepatutnya timbul dalam membicarakan serta mnyelesaikan persoalan penggunaan kalimah "ALLAH" ini. Suka untuk penulis berkongsi video perbahasan di Parlimen Malaysia berkenaan isu penggunaan kalimah "ALLAH" ini dalam persidangannya pada tahun lepas.(Sekarang Parlimen tidak bersidang, jadi penulis tidak dapat perbahasan yang terbaru).
Persoalan sebegini perlu untuk sama-sama kita cakna khususnya umat Islam. Sensitiviti Umat ISlam terhadap kesucian agama Islam perlu dipertingkatkan dan di"hentak" bagi mereka yang masih lagi membutakan mata dan memekakkan telinga. walauapapun yang berlku, mendalami ILMU agama perlu untuk sama-sama kita pertingkatkan kerana ia adalah tunjang utama.
usah menoleh, siapa lagi kalau bukan kita..
Jan 3, 2010
2010 : tanggungjawab kita..

Salam kesyukuran atas nikmat umur yang masih lg dipinjamkan olehNYA kepada kita..
Pejam celik, sudah berlalu tahun 2009 yang meniggalkan seribu peristiwa samada ianya berbentuk positif atau negatif. Alhamdulillah penulis panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan penuh kekerdilan seorang hamba kepada Allah kerana pada malam Sambutan Tahun Baru 2010 itu, penulis bersama 40 orang sahabat-sahabat lain dapat sama-sama turun ke Dataran Merdeka. Bukanlah semata-mata untuk menyambut tahun baru, akan tetapi bersama-sama dengan Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) dalam menjalankan kewajipan gerak kerja dakwah kepada masyarakat di luar sana.
Jelas dimata penulis, masyarakat di luar sana terutamanya golongan muda mudi yang terkinja-kinja melompat ketika Amy Search mendengdangkan lagunya pada konsert terbuka malam itu, begitu menyentak hati penulis serta para Da'ie (pendakwah) yang lain bahawa, begitu lompong tanggungjawab dakwah yang selalu diabaikan. Tidak terkira jumlah penonton yang hadir pada malam itu yang datang dari pelbagai pelusuk negara juga yang sempat penulis sapa dari kuala selangor,sabak bernam,& ada juga dari kelantan.
Apa yang menjadikan penulis tersenyum bangga ketika jeritan suara Ella (Ratu Rock) menyanyikan lagunya ialah, terbentuknya satu bulatan besar manusia berdarah muda dipenjuru hadapan padang merdeka itu. Mereka itu ialah mahasiswa yang hampir mencecah 400 orang termasuk muslimin juga muslimat daripada GAMIS. Alhamdulillah penulis juga berada di dalam bulatan tersebut bersama-sama rakan-rakan yang datang dari pelbagai IPT lain.
Laungan kalimah "ALLAHUAKBAR!!", "ANAK MUDA SAYANG MALAYSIA", serta pelbagai lagi slogan-slogan yang bergema ketika itu menerobos pekikan-pekikan lain. Disusuli pula dengan ucapan-ucapan pimpinan-pimpinan mahasiswa yang cukup bertenaga menaikkan lagi rasa cinta dan sayang golongan muda kepada negara Malaysia untuk melihat perubahan mekanisme sambutan ke arah yang lebih baik.
Maha Pengasih Allah dalam mempermudahkan segala urusan pada malam itu berjalan dalam keadaan yang baik sehingga orang ramai bersurai. Seruan dalam mengajak masyarakat terutamanya golongan belia untuk kembali menghayati erti sebenar agama itu serta mengetuk pintu hati mereka bahawa ada orang lain yang sebenarnya cakna dan sayang kepada mereka untuk membimbing mereka kepada fitrah yang suci bersih dapat dijalankan pada malam bersejarah itu.
Buat para pembaca sekalian, khususnya golongan yang bak kata orang belum lagi ber"uban" di kepala, kesedaran kita dalam memikul tanggungjawab menyeru masyarakat kepada landasan sebenar perlu dipandang berat. Ini bukan persolan kepartian atau mana-mana puak, tetapi ini adalah persoalan "TAKLIFAT" atau tanggungjawab yang sememangnya terpikul atas bahu setiap bibir yang melafazkan kalimah SYAHADAH..
Ayuh!! celik mata hati, robek minda, usah hanya menunding jari..selagi nyawa masih dipinjamkan olehNYA, sama-sama kita robah kepentingan diri demi UMMAH tercinta..
Dec 20, 2009
Ma'al Hijrah yg sangat bermakna buat diriku..

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
erti Hadits / ترجمة الحديث :
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguhnya setiap perbuatan disertakan dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)
salam ma'al Hijrah buat umat Islam sekalian..
peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w jelas meninggalkan pengajaran yang cukup bermakna buat kita. Hijrah Rasulullah s.a.w bersama para sahabat ketika itu bukanlah Hijrah kerana melarikan diri dari medan perjuangan, akan tetapi Hijrah itu adalah demi menunaikan perintah Allah S.W.T dengan menyebar luas Risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia.
sahabat-sahabat sekalian..
Hijrah padda masa kini seringkali kita kaitkan dengan perubahan daripada sifat mazmumah kepada mahmudah, zulumat kepada nur, keburukan kepada kebaikan dan sebagainya. perubahan-perubahan tersebut mestilah kita sertakan dengan niat yg Ikhlas semata-mata kerna Allah. Bertepatan dengan Hadis pertama dalam kitab Hadis Ar-Ba'in An-Nawawi.
sahabat seperjuangan..
dikisahkan juga hadis tersebut berkait rapat dengn seorang sahabat yang ingin berhijrah bersama Rasulullah pada ketika itu adalah kerana wanita yang ingin dinikahinya bernama Ummu Qais sehingga pemuda tersebut mendapat gelaran "muhajir Ummu Qais". Jerit perih Hijrah Pemuda tersebut, amat malang sekali kerna tidak mendapat ganjaran pahala oleh Allah S.A.W seperti yang diperolehi sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.
sahabatku sekalin..
dalam konteks kita pada hari ini, peristiwa Hijrah ini perlu untuk sama-sama kita hayati dengan membuat anjakan baru tahap pemikiran kita ke arah yang lebih baik.
pemikiran kita sama sekali tidak boleh hanya didasarkan dengan akal semata-mata. akan tetapi, ia perlu dipandukan dengan Wahyu Allah S.A.w. Akal kita sebagai insan yang sangat lemah ini, sangat terdedah kepada pengaruh hawa nafsu, kesilapan, juga terkadang, banyak perkara yang tidak dapat diterjemahkan melalui akal pemikiran kita.
Tidak perlu kita mengaru-garu kepala yang tidak gatal dalam mencari tokoh mana untuk dicontohi tahapa pemikirannya, sahabat-sahabat sekalian, lihatlah sahaja kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. Utusan Allah yang memiliki corak pemikiran yang begitu cemerlang dalam segenap aspek.
pembacaku yang sudi meluahkan masa menelaah tintaku ini,..
terukir senyuman manis dibibirku ini apabila sambutan Tahun Baru Hijrah kali ini bersamaan juga dengan Sambutan Hari Lahirku ke alam dunia ini..terima kasih buat sahabat-sahabtku yang sudi korbankan duit membeli kek.sedapp..manisnya persahabatan kerana Allah..Alhamdulillah..
Ayuh! sama-sama kita merubah diri kearah yang lebih baik..
sesekali langkah tersadung, ia tidak bermakna tempang selamanya..
moga diriku & para pembaca sekalian dipelihara oleh Allah tuhan segala kekuasaan..!
ameen..
"aslih nafsak,wad'u ghairak.."
Dec 12, 2009
Jangan tidor dulu...

Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah R.A:
"Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:
"Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tiga
kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,
perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
"Fazakkir, fainna zikra tanfa'ul mukminin..,"
Nov 27, 2009
salam 'aidil adha..

salam 'aidil adha buat seluruh umat Islam...
Bila sebut Hari Raya Korban, ramai kalangan kita selalu teringatkan lembu, kambing, kerbau. makhluk-makhluk inilah yg selalu menjadi mangsa korban. Macam satu demonstrasi pula bila orang-ramai berhimpun semata-mata menyaksikan aktiviti penyembelihan haiwan-haiwan tersebut.
namun, disebalik kita tersenyum gembira menyambut Hari Raya Korban, ramai kalangan kita yang terlupa dan seolah-olah tidak tahu mengenai kisah sebenar yang dikaitkan dengan peristiwa korban ini.Iaitu kisah Nabi Allah Ibrahim 'alaihissalam & Nabi Allah Ismail 'alaihissalam.
suka untuk penulis mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama merenung sedalam-dalamnya akan kisah yang berlaku ini.Timbul juga persoalan dalam lubuk hati kita , apakah seorang ayah yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih insan yang paling disayanginya sanggup berbuat demikian...? betapa besar hikmah yang tersembunyi disebalik kisah tersebut yang sepatutnya menjadi gengaman erat buat kita semua.
Nabi Ismail dengan penuh konkrit keimanannya terhadap Allah,tetap meminta ayahnya Nabi Ibrahim untuk menyembelih dirinya sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepada ayahnya melalui mimpi yang dialami oleh Nabi Ibrahim.keyakinan yang jitu terhadap Allah walaupun diluar batasan 'akal pemikiran manusia biasa,mampu mengatasi segalanya hatta mengorbankan nyawa diri sendiri.
semua itu adalah ujian daripada Allah untuk menilai sejauh mana keimanan hamba terhadap tuhannya. Begitulah lumrah perjuangan dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Jika perjuangan kita itu tiada halangan, tiada orang yang membenci, tiada kutukan,cacian,fitnah,ugutan,ancaman,kesusahan,keperitan, & sebagainya, perlu untuk kita semak kembali perjuangan kita itu. pasti ada kesilapan & lompong-lompong yang perlu kita perbaiki.Perjuangan tidak lari dari ujian.
keyakinan kita terhadap Allah perlu ditambah hari demi hari. itulah yang akan menjadi benteng kepada kita bagi menempuh rintang yang jauh lebih hebat di hadapan,yang sebenarnya menanti mangsa-mangsa yang bakal tersungkur di medan perjuangan.
ayuh,sama-sama kita kukuhkan keyakinan dalam diri melalui kefaham yang jelas dan kukuh. Tegur-menegurlah antara satu sama lain.
"aslih nafsak,wad'u ghairak"
hayya 'alassolah..

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,
"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi BABI HITAM, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi BABI HUTAN YANG HITAM."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu,
"Sebenarnya ayahku ini TIDAK MAHU MENGERJAKAN SOLAT."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,
"Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti BABI HUTAN YANG HITAM."
Sebuah lagi kisah yang ingin dikongsi buat renungan kita.Iaitu di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada SEEKOR ULAR SEDANG MEMBELIT LEHER MAYAT tersebeut serta MEMAKAN DAGING dan MENGHISAP DARAH MAYAT ITU. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
MasyaAllah sahabat2 sekalian.Betapa pedih seksa bagi orang yang meninggalkan SOLAT.moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita bersama.
"aslih nafsak, wad'u ghairak"


