May 4, 2011

Kematian Osama : kesal dengan kenyataan pimpinan negara.




Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melahirkan rasa kesal dengan kenyataan balas yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan Negara kita terhadap kematian pimpinan tertinggi Al-Qaeda baru-baru ini. Kenyataan yang dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian (halaman 2) dengan tajuk “dunia diharap lebih aman tanpa Osama” adalah dilihat sebagai suatu respon yang sangat tidak wajar walaupun dengan melahirkan harapan imej Islam kembali dipulihkan. Kenyataan yang dikeluarkan ini secara jelas menggambarkan persetujuan bahawa Osama Laden adalah simbol pengganas sebagaimana yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat (AS).



Dunia juga bukan kali pertama digemburkan dengan kematian Osama Laden, akan tetapi sudah beberapa kali propaganda itu menjadi mainan khusunya di media-media kawalan Israel dan sekutunya AS. Sehingga kini juga, pelbagai tanggapan serta kajian yang dibuat menunjukkan keraguan terhadap berita tersebut walaupun ia diumumkan sendiri oleh Presiden Barrack Obama. Sebagaiman Osama dikaitkan sebagai dalang kepada serangan 11 september 2001 ke atas World Trade center (WTC) dibuktikan sendiri perancangan jahat AS itu oleh para pengkaji barat yang juga termasuuk dari negara AS sendiri. Atas dasar itu, GAMIS berpendirian jika benar Osama Laden telah dibunuh dalam serangan Pasukan Gerakan Khas tentera Laut AS, adalah perlu untuk kita mendoakan keampunan limpahan rahmat kepadanya sebagaimana yang dianjurakn oleh Islam bagi kematian setiap individu muslim.

Dalam pada itu, pimpinan Negara kita diseru untuk melihat kepada keganasan sebenar yang dilakukan oleh AS terhadap siri – siri serangan yang dilakukan AS keatas Negara-negara umat Islam yang tidak menemui bayangan penamatnya hingga kini. Pelbagai alasan yang diberikan oleh tentera AS dalam menghalalkan pencerobohan meraka ke atas Negara-negara umat Islam, juga dipersoalkan tekini kemasukan Tentera AS ke atas Pakistan dalam membunuh Osama Laden. Tidak termasuk keterlibatan tentera AS dalam keganasan di Afghanistan,Iraq & pelbagai Negara lain serta pencabulan tidak bermaruah terhadap Negara umat Islam Palestin hingga kini. Justeru, GAMIS mendesak agar pimpinan Negara kita yang meletakkan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara untuk membuka mata meletakkan simbol keganasan kepada sasaran yang tepat.

Sehingga hari ini, rakyat khusunya mahasiswa Islam,menantikan pendirian yang jelas oleh pimpinan Negara kita terhadap AS yang terbukti dengan siri keganasan yang dilakukan. Pendirian ini dilihat penting dalam menentukan acuan Negara ini samada berpaksikan kepada kebenaran perjuangan Islam atau sujud melutut kepada kuasa besar AS. GAMIS juga kesal jika kebimbangan pucuk pimpinan Negara untuk menyatakan pendiriannya terhadap AS di atas nilaian keseimbangan ekonomi Negara , kemasukan pelaburan asing (FDI), import eksport, bekalan kelengkapan ketenteraan dan sebagainya mengatasi kebimbangan terhadap perjuangan kesucian agama Islam yang menjadi teras sesebuah tamadun besar dunia.

Mahasiswa Islam seluruhnya juga menyeru pucuk pimpinan Negara untuk kembali meneliti sirah Rasulullah SAW. Perjuangan risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW walaupun didokongi oleh rakyat kelas bawahan pada awalnya, tetap teguh menerjang kuasa-kuasa besar dunia pada ketika itu sehingga akhirnya mengukir kegemilangan Tamadun Islam yang dekecapi hingga hari ini. Betapa murninya hati Rasulullah SAW sebagai pimpinan Negara pada ketika itu yang memanjatkan doa kepada Allah supaya umatnya tidak diberikan balasan terus sebagaimana umat-umat terdahulu,akan tetapi diberikan balasan pada hari Akhirat kelak. Apatah lagi mengharapkan dunia akan lebih aman dengan kematian individu muslim pada ketika itu sebagaimana kenyataan pimpinan Negara kita pada hari ini.

Akram Ikrami Bin Taib Azamudden
Setiausaha Agung GAMIS.

1 comment:

  1. askum
    saya bukan penyokong keganasan.
    bom diri sendiri bukan ke bunuh diri?
    Tim Osman bukan Osama Laden ke?
    adakah Osama Laden benar2 mati?
    penyokong Osama bodoh?
    tolong jawab!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete