Nov 27, 2009

salam 'aidil adha..



salam 'aidil adha buat seluruh umat Islam...

Bila sebut Hari Raya Korban, ramai kalangan kita selalu teringatkan lembu, kambing, kerbau. makhluk-makhluk inilah yg selalu menjadi mangsa korban. Macam satu demonstrasi pula bila orang-ramai berhimpun semata-mata menyaksikan aktiviti penyembelihan haiwan-haiwan tersebut.

namun, disebalik kita tersenyum gembira menyambut Hari Raya Korban, ramai kalangan kita yang terlupa dan seolah-olah tidak tahu mengenai kisah sebenar yang dikaitkan dengan peristiwa korban ini.Iaitu kisah Nabi Allah Ibrahim 'alaihissalam & Nabi Allah Ismail 'alaihissalam.

suka untuk penulis mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama merenung sedalam-dalamnya akan kisah yang berlaku ini.Timbul juga persoalan dalam lubuk hati kita , apakah seorang ayah yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih insan yang paling disayanginya sanggup berbuat demikian...? betapa besar hikmah yang tersembunyi disebalik kisah tersebut yang sepatutnya menjadi gengaman erat buat kita semua.

Nabi Ismail dengan penuh konkrit keimanannya terhadap Allah,tetap meminta ayahnya Nabi Ibrahim untuk menyembelih dirinya sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepada ayahnya melalui mimpi yang dialami oleh Nabi Ibrahim.keyakinan yang jitu terhadap Allah walaupun diluar batasan 'akal pemikiran manusia biasa,mampu mengatasi segalanya hatta mengorbankan nyawa diri sendiri.

semua itu adalah ujian daripada Allah untuk menilai sejauh mana keimanan hamba terhadap tuhannya. Begitulah lumrah perjuangan dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Jika perjuangan kita itu tiada halangan, tiada orang yang membenci, tiada kutukan,cacian,fitnah,ugutan,ancaman,kesusahan,keperitan, & sebagainya, perlu untuk kita semak kembali perjuangan kita itu. pasti ada kesilapan & lompong-lompong yang perlu kita perbaiki.Perjuangan tidak lari dari ujian.

keyakinan kita terhadap Allah perlu ditambah hari demi hari. itulah yang akan menjadi benteng kepada kita bagi menempuh rintang yang jauh lebih hebat di hadapan,yang sebenarnya menanti mangsa-mangsa yang bakal tersungkur di medan perjuangan.

ayuh,sama-sama kita kukuhkan keyakinan dalam diri melalui kefaham yang jelas dan kukuh. Tegur-menegurlah antara satu sama lain.

"aslih nafsak,wad'u ghairak"

No comments:

Post a Comment