Jul 28, 2010

FDI : Dunia Hilang Kepercayaan (diambil dari blog http://episodeperjuangan.blogspot.com )




1. Perlu diinsafi bahawa merudumnya FDI [ Foreign Direct Investment ] 81% [ kini jatuh pada nilai RM 4.43 billion ] adalah berpunca dari hakisnya kepercayaan dunia kepada kualiti pengurusan dan pentadbiran negara .

2. Hilang kepercayaan adalah sebahagian daripada satu kehinaan dan malapetaka yang sedang dirasai oleh negara mutaakhir ini . Negara seperti hilang nilai jati diri sebagai sebuah negara yang berdaulat dan disegani oleh pihak lain .

Asas kepada hakisnya tahap kepercayaan dunia kepada negara kita ialah berpaksi kepada beberapa perkara seperti :

* Korupsi yang membarah
* Ketidaktelusan dalam sistem kehakiman
* Imej Perdana Menteri yang lemah
* Pemerintah yang tiada 2/3 majoriti di Parlimen
* Tahap nilai demokrasi yang luntur

3. Retorika ekonomi kerajaan yang cuba untuk mengulit atau mendodoi rakyat kononnya negara sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah sangat memalukan .

4. Bukan sahaja dengan indeks FDI yang merudum tetapi rakyat masih terpinga - pinga dengan langkah drastik kerajaan menaikkan harga minyak petrol , diesel , gas dan gula atas alasan pelarasan semula subsidi negara kepada rakyat .

5. Sepatutnya , jika Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat sebagaimana yang didakwa , rakyat akan mendapat manafaat atau faedah daripadanya , tetapi apa yang berlaku ialah darah dan lemak rakyat disedut rakus oleh kerajaan .

6. Saya melihat sandiwara ekonomi ini mula disedari oleh para pelabur di peringkat antarabangsa bahawa Malaysia sebenarnya sedang bergelut dengan kelembapan ekonomi yang semakin kritikal dan yang paling malang mereka sedang menyaksikan sebuah kerajaan yang rakus sedang memperdaya rakyatnya sendiri . Jika rakyat sendiri sanggup diperdaya apa jaminan para pelabur asing tidak diperdaya ?

7. Sementelah sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh mereka tidak memiliki akhlak yang menjamin tidak berlakunya penindasan dan penyelewengan . Malah terdedah kepada pelbagai wajah spekulasi yang akan mengorbankan keuntungan pelabur dalam tempoh jangka panjang . Tentunya para pelabur bukan sahaja takut kepada kerugian yang sememangnya telah menjadi risiko kepada sesuatu pelaburan yang dilakukan tetapi yang lebih perit ialah berhadapan dengan manipulasi dan spekulasi yang wajar .

8. Sebab itulah kita menyeru supaya kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO dan BN agar menerima Islam atau kembali kepada sistem syariat Islam agar mampu mengembalikan semula izzah bersama ketinggian akhlaknya.

9. Saya yakin , kemuliaan dan ketinggian akhlak Islam yang berpaksi kepada iman dan taqwa akan memahat kembali keyakinan bermuamalah [ urus niaga ] di semua peringkat dan sekaligus boleh mengembalikan kestabilan ekonomi dan akhirnya memulangkan faedah yang lumayan buat rakyat .

10. Negara kita bukanlah miskin sehingga terpaksa mengemis kepada pihak pelabur atau mana - mana pihak kuasa ekonomi antarabangsa justeru negara kita mempunyai hasil mahsul dan sumber yang banyak dan mencukupi . Tetapi malang pengurusan yang salah dan berlandaskan nafsu rakus individu tertentu akhirnya mempamerkan kepada dunia betapa kekayaan Malaysia hanya berlegar pada kelompok tertentu . Fenomena ini mencetus rasa tidak puas hati dan penentangan dari rakyat marhain lantas menimbulkan pula satu persekitaran politik dan ekonomi yang tegang serta terancam dan ini turut menggusarkan para pelabur .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 11:55

Feb 22, 2010

Anak Muda..






"..Usamah bin Zaid memimpin angkatan perang ketika umurnya 18 tahun..!!..kita??.."

assalamu'alaikum..

salam pertemuan buat seluruh pembaca sekalian..kemaafan juga penulis susuri buat pembaca sekalian kerna sekian lama penulis tidak "update" blog ni.Mungkin masa & kemudahan yang menjadi halangan.

Alhamdulillah, stinggi kesyukuran penulis panjatkan kepada Allah kerana pada 21/02/10 di taman tasik cempaka,bangi,penulis diberikan rezeki oleh Allah untuk bertugas pada hari tersebut. Walaupun pada peringkat awalnya agak teragak-agak dek kesempatan masa yang ada,namun akhirnya sungguh besar manfaat yang sebenarnya dapat disematkan didalam hati.



namun, bukan itu coretan yang ingin penulis ceritakan disini.Akan tetapi, ingin penulis kongsikan mereka yang berjiwa muda yang hadir pada hari tersebut. Walaupun ditugaskan memakai T-shrit Unit Amal Malaysia dan mengawal parking kenderaan di hari tersebut, sempat juga penulis mengintai-intai suasana program "Hari Belia Bangi 2010" itu. program yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS pusat itu dan diakhiri dengan pidato penutup oleh Timbalan ketua Pemuda PAS pusat itu berlangsung sungguh meriah.

Hati Penulis sangat tersentuh bila melihat gelagat anak muda kita yang penulis rasakan lebih kurang sahaja peringkat umur mereka. Indahnya bila melihat golongan yang dikatakan "urat besi" ini memanfaatkan masa mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah. "tarik..!! tarik..!! 1,2,tarik..!!" laungan para penyokong sewaktu berlangsungnya acara tarik tali. Wlaupun dengan hanya sorakan yang menambah kemeriahan acara tersebut, namun, sekurang-kurangnya itulah keterlibatan mereka di lembah masyarakat.

Golongan muda yang hadir pada hari tersebut, tergambar di wajah mereka bahawa mereka juga sangat memerlukan perhatian orang lain. perhatian daripada orang yang lebih tua, orang yang memahami mereka, orang yang dapat membimbing mereka, apatah lagi mungkin dikalangan mereka ada yang langsung tersasar daripada pemerhatian ibu bapa.
Samada mereka yang lari atau ibu bapa yang lepas tangan..

Buat kita anak muda & berjiwa muda..
haa..usah pilih bulu..usah pilih taraf..usah menunding jari..kita,kita, & kita yang perlu mendekati mereka itu. Tidak salah untuk sedikit kesedaran yang Allah anugerahkan pada kita ini kita kongsikan kepada mereka. Jadi, perlu untuk kita sama-sama turun ke medan sebenar dengan persiapan diri yang perlu ditingkatkan saat demi saat. Masing-masing punyai kelebihan dan kepakaran. Persoalanya, sejauh mana kita manfaatkan kelebihan dan kepakaran itu kepada sasaran yang sepatutnya...

ayuh..!! kita curahkan pinjaman kelebihan yang Allah berikan pada kita. Walaupun hanya sekadar menjadi pengutip sampah di hari tersebut, namun perlu kita ingat, sampah itu juga akan menjadi saksi bila kita disoal Oleh Allah kelak. Apatah lagi kalau sesuatu itu hingga nilaian emas disertakan niat yang ikhlas kerna Allah..

"kalau kita dah berlari,apakah salah kita memimpin tangan mereka untuk berjalan ataupun hingga perlu untuk kita pikul mereka sepanjang pelarian itu.."

Jan 8, 2010

DIMANA MARUAHMU MESIR...!!!

HIDUP..!!HIDUP..!!HIDUP ISLAM..!!
HANCUR..!!HANCUR..!!HANCUR YAHUDI..!!
ALLAHUAKBAR...!!



Itulah antara laungan yang bergema di Ibu Negara tengahari tadi(8/1/10). Perarakan secara aman yang bermula dari Bangunan Tabung Haji ke Bangunan Kedutaan Mesir sejauh 4k/m itu di anjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat pimpinan ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi. Demonstran yang hadir kira-kira mencecah 2ooo lebih itu sangat memberangsangkan.

Alhamdulillah penulis juga dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain dalam perarakan tersebut. Mahasiswa-mahasiswa dari pelbagai IPT turut hadir dalam perarakan tersebut. Perarakan yang dibuat adalah bertujuan membantah tindakan kerajaan Mesir di bawah naungan Husni Mubarak yang bentindak ZALIM dengan menghalang kemasukan konvoi "VIVA PALESTIN" daripada memasuki GAZA. Sikap Mesir itu telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila masing-masing mengadakan tunjuk perasaan di tempat masing-masing. Ini bukanlah kali pertam Mesir menjadi BONEKA kepada rejim ZIONIS, tetapi sudah berkali-kali.Hari yang sama perarakan tersebut, penulis difahamkan melalui ucapan YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) turut berlaku juga demonstrasi di Syria,Jordan, dan beberapa lagi negara timur tengah.


Sepanjang perarakan itu, Ucapan-ucapan yang disampaikan oleh para pimpinan menyemarakkan lagi semangat penulis dan ditambah pula dengan Ustaz Ridhwan Mad noor yang begitu berkobar semangatnya dalam memimpin perarakan itu. Antara yang berucap ialah, Ustaz nasaruddin tantawi, Ustaz Kamaruzzaman(Ketua Pemuda Wilayah), Ustaz Idris (GAMIS), dan beberapa lagi aktivis pejuang muda Islam.



Dengan titisan peluh yang mengalir tanpa henti, sedikitpun tidak melunturkan semangat kami.Dengan perjalanan hampir 45minit itu, akhirnya kami tiba di hadapan Bangunan kedutaan Mesir. Sambil menunggu para pimpinan menyerahkan memorandum bantahan itu, kami dihidangkan lagi dengan "Taujihad" daripada pimpinan.Pihak keselamatan yang ada juga memberikan kerjasama yang sangat cemerlang.

Selepas hampir setengah jam penyerahan memorandum itu dibuat,akhirnya perhimpunan itu ditutup dengan bacaan doa yang cukup bersemangat oleh Ustaz Azman Shapawi. penulis dan para demonstran yang lain bersurai secara aman setelah selesai ucapan doa tersebut.

Itulah realiti dunia pada hari ini. Umat Islam ditekan, ditindas, dilanyak oleh segenap segi, segenap ruang. Apakah kita masih lagi ingin mengulangi dialog-dialog lapuk "ah,aku masih muda,belum masanya lagi..", "aku kalau boleh nak fokus belajar je, taknak campur-campur urusan orang lain..", "hidup mesti rock.." , dan bermacam-macam lagi kata-kata yang amat kurang cerdik terbit dari mulut kita.

Ingat, kematian itu milik Allah. Siapa lagi kalau bukan kita untuk sama-sama cakna terhadap isu-isu ini khususnya isu yang melibatkan sensitiviti Islam. Tidak hanya dengan Demonstrasi, tetapi sekurang-kurangnya curah dan salurkanlah sebaiknya segala kepakaran masing-masing kepada perjuangan dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Cantik Allah ciptakan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tinggal untuk bagaimana kita memanfaatkanya.Renungkan duhai diri ini juga duhai para pembaca yang disaat ini masih lagi Allah pinjamkan penglihatan kepada kita..

Maha Besar Allah..
Ayuh! Celik...!!

Jan 4, 2010

Persoalan kalimah "ALLAH"..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

persoalan kalimah Allah sejak akhir-akhir ini kembali meniti di bibir-bibir masyarakat kita di bumi Malaysia.Penulis melihat, pelbagai spekulasi dan perkaitan kepentingan yang tidak sepatutnya timbul dalam membicarakan serta mnyelesaikan persoalan penggunaan kalimah "ALLAH" ini. Suka untuk penulis berkongsi video perbahasan di Parlimen Malaysia berkenaan isu penggunaan kalimah "ALLAH" ini dalam persidangannya pada tahun lepas.(Sekarang Parlimen tidak bersidang, jadi penulis tidak dapat perbahasan yang terbaru).



Persoalan sebegini perlu untuk sama-sama kita cakna khususnya umat Islam. Sensitiviti Umat ISlam terhadap kesucian agama Islam perlu dipertingkatkan dan di"hentak" bagi mereka yang masih lagi membutakan mata dan memekakkan telinga. walauapapun yang berlku, mendalami ILMU agama perlu untuk sama-sama kita pertingkatkan kerana ia adalah tunjang utama.

usah menoleh, siapa lagi kalau bukan kita..

Jan 3, 2010

2010 : tanggungjawab kita..




Salam kesyukuran atas nikmat umur yang masih lg dipinjamkan olehNYA kepada kita..

Pejam celik, sudah berlalu tahun 2009 yang meniggalkan seribu peristiwa samada ianya berbentuk positif atau negatif. Alhamdulillah penulis panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan penuh kekerdilan seorang hamba kepada Allah kerana pada malam Sambutan Tahun Baru 2010 itu, penulis bersama 40 orang sahabat-sahabat lain dapat sama-sama turun ke Dataran Merdeka. Bukanlah semata-mata untuk menyambut tahun baru, akan tetapi bersama-sama dengan Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) dalam menjalankan kewajipan gerak kerja dakwah kepada masyarakat di luar sana.

Jelas dimata penulis, masyarakat di luar sana terutamanya golongan muda mudi yang terkinja-kinja melompat ketika Amy Search mendengdangkan lagunya pada konsert terbuka malam itu, begitu menyentak hati penulis serta para Da'ie (pendakwah) yang lain bahawa, begitu lompong tanggungjawab dakwah yang selalu diabaikan. Tidak terkira jumlah penonton yang hadir pada malam itu yang datang dari pelbagai pelusuk negara juga yang sempat penulis sapa dari kuala selangor,sabak bernam,& ada juga dari kelantan.

Apa yang menjadikan penulis tersenyum bangga ketika jeritan suara Ella (Ratu Rock) menyanyikan lagunya ialah, terbentuknya satu bulatan besar manusia berdarah muda dipenjuru hadapan padang merdeka itu. Mereka itu ialah mahasiswa yang hampir mencecah 400 orang termasuk muslimin juga muslimat daripada GAMIS. Alhamdulillah penulis juga berada di dalam bulatan tersebut bersama-sama rakan-rakan yang datang dari pelbagai IPT lain.



Laungan kalimah "ALLAHUAKBAR!!", "ANAK MUDA SAYANG MALAYSIA", serta pelbagai lagi slogan-slogan yang bergema ketika itu menerobos pekikan-pekikan lain. Disusuli pula dengan ucapan-ucapan pimpinan-pimpinan mahasiswa yang cukup bertenaga menaikkan lagi rasa cinta dan sayang golongan muda kepada negara Malaysia untuk melihat perubahan mekanisme sambutan ke arah yang lebih baik.

Maha Pengasih Allah dalam mempermudahkan segala urusan pada malam itu berjalan dalam keadaan yang baik sehingga orang ramai bersurai. Seruan dalam mengajak masyarakat terutamanya golongan belia untuk kembali menghayati erti sebenar agama itu serta mengetuk pintu hati mereka bahawa ada orang lain yang sebenarnya cakna dan sayang kepada mereka untuk membimbing mereka kepada fitrah yang suci bersih dapat dijalankan pada malam bersejarah itu.

Buat para pembaca sekalian, khususnya golongan yang bak kata orang belum lagi ber"uban" di kepala, kesedaran kita dalam memikul tanggungjawab menyeru masyarakat kepada landasan sebenar perlu dipandang berat. Ini bukan persolan kepartian atau mana-mana puak, tetapi ini adalah persoalan "TAKLIFAT" atau tanggungjawab yang sememangnya terpikul atas bahu setiap bibir yang melafazkan kalimah SYAHADAH..

Ayuh!! celik mata hati, robek minda, usah hanya menunding jari..selagi nyawa masih dipinjamkan olehNYA, sama-sama kita robah kepentingan diri demi UMMAH tercinta..

Dec 20, 2009

Ma'al Hijrah yg sangat bermakna buat diriku..



عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]


erti Hadits / ترجمة الحديث :

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
"Sesungguhnya setiap perbuatan disertakan dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)

salam ma'al Hijrah buat umat Islam sekalian..
peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w jelas meninggalkan pengajaran yang cukup bermakna buat kita. Hijrah Rasulullah s.a.w bersama para sahabat ketika itu bukanlah Hijrah kerana melarikan diri dari medan perjuangan, akan tetapi Hijrah itu adalah demi menunaikan perintah Allah S.W.T dengan menyebar luas Risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia.

sahabat-sahabat sekalian..
Hijrah padda masa kini seringkali kita kaitkan dengan perubahan daripada sifat mazmumah kepada mahmudah, zulumat kepada nur, keburukan kepada kebaikan dan sebagainya. perubahan-perubahan tersebut mestilah kita sertakan dengan niat yg Ikhlas semata-mata kerna Allah. Bertepatan dengan Hadis pertama dalam kitab Hadis Ar-Ba'in An-Nawawi.

sahabat seperjuangan..
dikisahkan juga hadis tersebut berkait rapat dengn seorang sahabat yang ingin berhijrah bersama Rasulullah pada ketika itu adalah kerana wanita yang ingin dinikahinya bernama Ummu Qais sehingga pemuda tersebut mendapat gelaran "muhajir Ummu Qais". Jerit perih Hijrah Pemuda tersebut, amat malang sekali kerna tidak mendapat ganjaran pahala oleh Allah S.A.W seperti yang diperolehi sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.

sahabatku sekalin..
dalam konteks kita pada hari ini, peristiwa Hijrah ini perlu untuk sama-sama kita hayati dengan membuat anjakan baru tahap pemikiran kita ke arah yang lebih baik.
pemikiran kita sama sekali tidak boleh hanya didasarkan dengan akal semata-mata. akan tetapi, ia perlu dipandukan dengan Wahyu Allah S.A.w. Akal kita sebagai insan yang sangat lemah ini, sangat terdedah kepada pengaruh hawa nafsu, kesilapan, juga terkadang, banyak perkara yang tidak dapat diterjemahkan melalui akal pemikiran kita.
Tidak perlu kita mengaru-garu kepala yang tidak gatal dalam mencari tokoh mana untuk dicontohi tahapa pemikirannya, sahabat-sahabat sekalian, lihatlah sahaja kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. Utusan Allah yang memiliki corak pemikiran yang begitu cemerlang dalam segenap aspek.

pembacaku yang sudi meluahkan masa menelaah tintaku ini,..
terukir senyuman manis dibibirku ini apabila sambutan Tahun Baru Hijrah kali ini bersamaan juga dengan Sambutan Hari Lahirku ke alam dunia ini..terima kasih buat sahabat-sahabtku yang sudi korbankan duit membeli kek.sedapp..manisnya persahabatan kerana Allah..Alhamdulillah..

Ayuh! sama-sama kita merubah diri kearah yang lebih baik..
sesekali langkah tersadung, ia tidak bermakna tempang selamanya..
moga diriku & para pembaca sekalian dipelihara oleh Allah tuhan segala kekuasaan..!
ameen..

"aslih nafsak,wad'u ghairak.."

Dec 12, 2009

Jangan tidor dulu...


Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah R.A:
"Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu:
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah:
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda:

"Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas tiga
kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,

perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

"Fazakkir, fainna zikra tanfa'ul mukminin..,"